MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | Bahasa Melayu    
FAQ

Soalan-soalan Lazim

1. Apa itu Aduan Awam ?

Aduan Awam adalah maklumbalas yang diterima daripada orang awam mengenaiperkhidmatan Majlis Bandaraya DiRaja Klang

2. Apa yang boleh saya adu kepada MPKlang ?

MBDK boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pentadbiran agensi-agensi Kerajaan Malaysia di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan (kecuali di Sabah dan Sarawak hanya di peringkat persekutuan) untuk menentukan sama ada tindakan itu salah, tidak adil atau tidak mengikut lunas undang-undang.

3. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

4. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.

5. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, laman web kami dan semasa kami mengadakan program-program bertemu orang ramai.

6. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Majlis Bandaraya DIRaja Klang?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan MBDK menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat penuh untuk dihubungi dan nombor telefon dan alamat e-mel untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu MBDK siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk gambar , salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.

7. Apa berlaku kepada aduan saya?

Anda kan menerima NOTIS TERIMA ADUAN beserta ID TIKET ke e-mel anda jika aduan dibuat melalui SISPAA MBDK. Selain itu, MBDK akan menghantar Surat Akuan Terima (SAT) beserta ID TIKET aduan kepada anda melalui e-mel/ surat untuk aduan yang dibuat menggunakan saluran e-mel / surat / telefon / hadir sendiri. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Jabatan / Bahagian yang bertanggungjawab atas aduan anda akan menjalankan siasatan dan tindakan yang sewajarnya. Setelah aduan anda telah diambil tindakan, aduan anda akan diselesaikan dalam sistem dan Surat/E-mel Keputusan kepada Pengadu (SKP) akan dihantar kepada anda.

8. Berapa lama Majlis Bandaraya DiRaja Klang membuat siasatan?

Tempoh penyelesaian aduan kategori BIASA adalah dalam masa 15 hari bekerja. Aduan KOMPLEKS merujuk kepada aduan yang diuruskan melebihi tempoh 16 hari dan ke atas dan boleh mencecah sehingga 365 hari termasuk hari kelepasan am dalam tahun kalender berkenaan.

9. Bolehkah Majlis Bandaraya DiRaja Klang menolak aduan?

MBDK boleh menolak aduan yang dikemukakan sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap , aduan yang berniat jahat (mala fide), berbentuk ungutan/ancaman, sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat , lucah, konfrantasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas dan aduan berulang daripada individu yang sama yang telahpun diberi maklum balas yang sewajarnya.


 


 

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader